Hilang fokus dalam kelas ?
- mbtchst
- Dec 28, 2023
- 1 min read
Updated: Dec 29, 2023
CARA hidup seperti pemakanan, waktu rehat mencukupi dan aktiviti fizikal antara punca tak dapat beri tumpuan.

Saya adalah pelajar Tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Saya mengalami masalah untuk fokus di dalam kelas dan ia mengganggu perhatian saya.
Masalah ini membuatkan saya sering risau dan inginkan bantuan puan bagi mengatasinya.
Runsing
Masalah hilang fokus sering berlaku disebabkan beberapa faktor yang membabitkan fizikal, mental dan emosi.
Kepenatan atau rasa mengantuk di dalam kelas juga mengakibatkan pelajar hilang fokus.
Selain itu, perhatian penting perlu diberikan kepada cara hidup seperti pemakanan, waktu rehat mencukupi dan aktiviti fizikal yang dilakukan hingga menjadi punca kepada masalah hilang fokus.
Jika badan terlalu penat atau tidak cukup rehat dan tidur, maka individu tidak dapat memberi perhatian serta fokus kepada sesuatu perkara yang dilakukan.
Masalah ini perlu ditangani secara bijak dengan mengenal pasti punca masalah. Berikut beberapa tip yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah hilang fokus.
1. Tetapkan niat ke sekolah

Apabila anda mula berniat untuk fokus di dalam kelas, niat anda didengari dua pihak.
Pertama Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, insya-Allah, Allah akan permudahkan segala urusan yang baik.
Kedua tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya.
Inilah fungsi ‘Neuron Peptide.’ Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.
2. Ulangkaji atau persediaan topik

Kelonggaran fokus lazimnya berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari.
Apabila mula kabur, mulalah bosan dan hilang fokus. Penyelesaiannya........
Comments