top of page
Search

Pelajar lepasan SPM perlu bijak pilih hala tuju !

Updated: Dec 29, 2023

MUTAKHIR ini masyarakat hangat membicarakan isu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang enggan melanjutkan pengajian selepas tamat Tingkatan Lima.


Kehangatan itu bertambah apabila Jabatan Perangkaan turut mendedahkan sebanyak 72.1 peratus atau 390,000 lepasan SPM tidak berbuat demikian pada 2021.


ree

Sebenarnya, perkara ini menjadi satu kebimbangan yang serius sekiranya tidak dibendung. Impaknya bukan sahaja kepada kehilangan tenaga kerja tempatan dalam bidang profesional tetapi kebergantungan kepada perkhidmatan pekerja asing. Sedangkan mereka sepatutnya menjadi generasi seterusnya yang akan membentuk negara pada masa akan datang.


Antara faktor yang mempengaruhi golongan pelajar itu berbuat demikian adalah tarikan platform gig seperti pekerjaan menghantar makanan. Malah, ada segelintir mereka merasakan tidak mengapa memperoleh pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan berbanding beban hutang pengajian yang perlu dipikul selepas itu sedangkan gaji yang diterima kelak hampir sama.


ree




Hal ini ditambah dengan pengaruh media sosial yang memaparkan kehidupan mewah lagi mudah. Ia tentu saja mempengaruhi mereka dan menjadi motivasi apabila mengetahui bahawa pendapatan bulanan seseorang pempengaruh misalnya serendah RM5,000 sebulan.

Bagaimanapun, pelajar perlu diingatkan bahawa untuk menjadi seorang pempengaruh bukanlah kerja mudah. Mereka perlu memahami bahawa pendapatan golongan itu amat bergantung kepada jumlah tontonan untuk satu video yang dimuat naik ke laman sosial.

Namun kita tidak pula menafikan ada dalam kalangan pempengaruh berkenaan yang mempunyai latar pendidikan yang tinggi, malah kandungan yang dimuat naik juga banyak memberi manfaat kepada awam.


Apapun, sesuatu yang perlu kita sedar pendidikan tinggi amat perlu demi masa depan generasi muda kini. Malah, kerajaan memberi pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antaranya adalah ....


 
 
 

Comments


Logo Edubuzz_edited.jpg

Hubungi

Alamat

  • Syarikat EduBuzz! Publication

  • NO 1, Lot 4088 Conezion, Ioi Resort City, 62502, Putrajaya 

  • Youtube
  • Whatsapp
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok

© EDUBUZZ!PUBLICATION

bottom of page